Pasir Mas 21 Julai 2009 – Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Mas hari ini mengingatkan mana-mana pihak agar tidak mempertikaikan tindakan Dewan Pemuda PAS yang membuat laporan polis berhubung dakwaan berlakunya kegiatan membeli undi semasa pilihanraya kecil Manek Urai yang lepas.Ini kerana mana-mana pihak di Malaysia berhak membuat apa jua laporan polis jika mempunyai maklumat tentang kegiatan yang menyalahi undang-undang, kata Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pasir Mas (DPPKPM), Muhammad Hanif Wan Ahmad (gambar).
Beliau berkata demikian sebagai menjawab kenyataan yang dibuat oleh Naib Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Mas, Mohamed Farezz Noor Amran yang disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian semalam. Farezz dilaporkan berkata laporan itu seolah-olah menunjukkan Pemuda PAS Kelantan gagal menerima hakikat keputusan yang dibuat oleh pengundi yang menyaksikan PAS menang dengan majoriti yang tipis.
“Pemuda PAS menasihatkan mana-mana pihak agar tidak mengeluarkan kenyataan berhubung tindakan kami membuat laporan ini dan kita sama-sama menunggu keputusan siasatan yang dibuat olehh pihak berkuasa. Kita pun tidak pernah mempertikaikan hak Pemuda UMNO membuat laporan polis khususnya dalam isu kenyataan Menteri Besar baru-baru ini, Biarlah pihak polis membuat siasatan,” ujar beliau lagi.
“Saya ingin bertanya kepada Farezz yang mendakwa bahawa BN boleh menerima hakikat jika menerima kekalahan, bagaimana dengan penubuhan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di Kelantan sebaik saja PAS membentuk kerajaan? Tidakkan penubuhan agensi tersebut di samping kerajaan negeri yang sah dipilih oleh rakyat menunjukkan UMNO/BN gagal menerima hakikat kekalahan? Di Terengganu pada tahun 1999 ketika PAS membentuk kerajaan negeri, kenapa UMNO/BN bertindak menarik balik royalti sedangkan itu hak rakyat, sekarang wang itu dikembalikan semula setelah Terengganu kembali kepada UMNO. Tidakkah tindakan itu jelas menunjukkan UMNO/BN gagal menerima hakikat kekalahan?”
“Saya juga ingin menasihatkan kepada Pemuda UMNO khususnya di Pasir Mas agar menumpukan agenda kepada pemerkasaan agama dan bangsa sebagaimana yang mereka laung-laungkan. Suarakan pandangan yang membela rakyat agar perjuangan membela agama dan bangsa tidak hanya dipandang retorik semata-mata”, kata beliau lagi.
Filed under: Statement | Leave a comment »