Datuk Ibrahim Ali Diminta Menghormati Pengundi Parlimen Pasir Mas – Ketua DPPKPM

22 Februari 2008 – Ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Paduka Ibrahim Ali diminta menghormati pengundi Pasir Mas yang memberikannya kemenangan di dalam pilihanraya umum 2008 yang lalu di atas tiket PAS. Justeru itu, beliau diminta untuk melepaskan jawatan sebagai ahli parlimen dan memberikan semula mandat kepada rakyat Pasir Mas untuk membuat penentuan yang sebaik-baiknya, kata Rozi Muhammad, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Mas (DPPKPM).

“Ibrahim harus sedar bahawa kemenangannya di dalam pilihanraya umum yang lepas jelas disebabkan oleh sokongan ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS. Ia berdasarkan kerjasama yang dijalinkan sebelum pilihanraya di antara beliau dengan PAS. Harapan pengundi ialah beliau akan mendokong dasar kerajaan negeri dan perjuangan PAS umumnya sekalipun tidak menyertai PAS.” Ujar Rozi di dalam satu kenyataannya hari ini. Beliau mengulas permintaan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan dua hari lepas yang menggesa Ibrahim melepaskan jawatannya sebagai ahli parlimen jika beliau bermaruah. Ini ekoran kritikan-kritikan yang dilemparkan oleh Ibrahim kepada PAS dan Pakatan Rakyat di dalam dan di luar parlimen sejak akhir-akhir ini. Takiyuddin menyifatkan kelantangan Ibrahim itu sebagai tidak mengenang budi sedangkan anggota Parlimen Bebas itu diberi peluang bertanding atas tiket PAS pada pilihan raya umum 2008.

”Seharusnya Ibrahim bermuhasabah kembali bahawa sokongan rakyat Pasir Mas kepadanya hanyalah kerana menggunakan lambang PAS. Ini dapat dilihat di dalam pilihanraya umum 2004 dan pilihanraya kecil Pengkalan Pasir pada awal tahun 2006 di mana beliau mengalami kekalahan teruk di dalam kedua-dua pilihanraya tersebut,”

Semalam, Ibrahim di dalam reaksinya spontannya berkata, beliau tidak akan meletakkan jawatan kecuali diminta berbuat demikian oleh pengundi di kawasannya.

Ibrahim, 57, digugurkan dari jawatan Ketua Umno Pasir Mas pada 22 November 2003 dan kemudian digantung keanggotaannya dalam Umno seumur hidup kerana bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya umum ke-11, Mei 2004. Ibrahim bagaimanapun tewas kepada calon PAS, Ismail Noh. Beliau turut hilang wang pertaruhan selepas mendapat 415 undi semasa pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Pangkalan Pasir pada 2005 yang dimenangi oleh calon Barisan Nasional, Hanafi Mamat.

3 Responses

  1. saya salah seorang pengundi yang mengundi Dato’ brahim, namun sangat sedih sekali apabila harapan saya kecundang dengan langkah sembah dato’ brahim. Jika diberi peluang kedua saya secara mutlaknya tidak akan mengundi lagi Dato’ Brahim. Tiada asas perjuangan. Lantang namun bila dijemput musuh sedangkan kita menumpang rumah kawan, secara terbuka menimbangkanya. apalah erti budi dan jasa seorang kawan sekiranya beliau sanggup berbuat demikian. Dulu beliau sudah dibenci dan lewatnya dia disukai tapi jangan sampai rakyat akan membenci kali kedua kerana benci ini adalah benci hakiki.

  2. saya xredha dato mengkhianati perjuangan islam yang saya curahkan melalui dato…

  3. Ibrahim Ali pengkhianat sanggup mengunakan atas tiket pas untuk kepentingan diri sendiri.Baliklah pada umno durjana

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: