Sejak Bila Pondok / Sekolah Agama Menjadi Agenda Perjuangan UMNO?

Oleh : Ahmad Fadhli bin Shaari

Membaca serangan UMNO kepada kerajaan pakatan rakyat di Perak sejak akhir-akhir ini membuatkan kita pening dan terpingga-pingga dengan perubahan sikap mendadak UMNO. Apakah perubahan sikap ini menunjukkan keinsafan yang mula bertapak ataukah ia hanya sekadar tanda-tanda skaratul maut? Kerana kadang-kadang apabila tibanya saat ajal seseorang, boleh jadi dia akan menunjukkan perubahan sikap yang ketara. Kalau dinisbahkan kepada perubahan sikap UMNO sejak kebelakangan ini, adakah ia menunjukkan kepada semakin hampir saat kehancuran parti sekular yang berusia lebih 50 tahun itu?

Isunya apabila kerajaan Perak di bawah pimpinan Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin membuat keputusan utuk memberikan sejumlah tanah kepada sekolah-sekolah beraliran cina di negeri tersebut dengan harapan agar mereka dapat menjadikan tanah tersebut sebagai punca pendapatan untuk menambahkan dana.

Lantas, gegak gempita kuncu-kuncu UMNO khususnya di Perak kononnya pentadbiran negeri sudah mengenepikan sekolah-sekolah agama dan pondok. Inilah sebenarnya wajah UMNO, jika tidak menggunakan senjata bernama perkauman sempit, maka bukanlah namanya UMNO. Bahkan salah satu rukun wajib UMNO ialah menyerang dengan menggunakan senjata perkauman. Kalau tidak, masakan seorang pemimpin UMNO boleh mengatakan secara terbuka bahawa kaum Cina hanyalah menumpang? Tidakkah ucapan itu persis sahaja dengan tindakan seorang pemimpin UMNO yang seringkali menjulang kerisnya di perhimpunan agung dengan ucapan hidup Melayu…!

Sejak bilakah pula UMNO menjadi pejuang sekolah pondok dan sekolah agama? Tidakkan bantuan perkapita kepada sekolah agama rakyat dinafikan oleh UMNO di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir dahulu? Ketika itu, di manakah suara perkasa pemuda UMNO Perak?

Kini timbullah cerita kedaifan sekolah-sekolah agama dan pondok khususnya di Perak. Pendedahan ini sepatutnya menyedarkan rakyat bahawa itulah jasa UMNO kepada pendidikan agama. Ingatlah, UMNO telah menjadi kerajaan di Perak selama 50 tahun berbeza dengan Pakatan Rakyat yang hanya baru 5 bulan. 50 tahun dan 5 bulan, dua angka yang benar-benar berbeza. Mana mungkin dalam masa 50 tahun sekolah agama dibela dengan hebatnya oleh UMNO tiba-tiba menjadi dhaif dalam masa 5 bulan? UMNO ooh UMNO.

Justeru itu, kenyataan Menteri Besar Perak untuk mengembalikan semula bantuan perkapita berjumlah RM1.3 juta kepada sekolah-sekolah agama di samping bantuan-bantuan lain sepatutnya menutup mulut UMNO. Tetapi itulah dia UMNO…

Penulis ialah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pasir Mas

2 September 2008

2 Responses

  1. Pas pun dua kali lima 2×5 malah lagi teruk lagi dari orang UMNO ambo ni bukan sokong hak mana-mana,tapi bila ambo tengok PAS tak dok satu pon hak pas buat untuk orang islam buleh kita tengok dan banggakan.cuba perati selepas menang bak po gak masjid-masjid,sekolah-sekolah tadika,dewan-dewan orang ramai jadi sasaran dan nak dipolitik dan nak dimonopoli,kan banyak lagi benda lain hak lebih penting untuk orang melayu islam buleh dibuat dan buleh dipikir. Hak ambo nampak sekolah tadika islam (PASTI) hak pas urus tu sememangnya terlampau kuat berbau politik sapa anak anak kecik dieksploitasi supaya membenci pemimpin ni ko kurikulum islam PAS nak berpolitik sepanjang masa dan tak mengira tempat,pikir la sikit anak-anak kecik tu umpama kain puteh tak kan kita nak seret budak-budak besar tu nak berpolitik pikir la sikit dengan akal waras jange dok taksub sangat,Tak sokong PAs tak bermakna orang tu tolak islam,niat Pas tu memang baik kalau atas kertas tapi kalu ambo tengok perlaksanaan dia tu berat sangat memang tak comel langsung,silatulrahim ni macam sampah bagi orang Pas tak dok nilai langsong sesama islam ni nak gadoh, nak fitnah tapi dengan kapir DAP tu semua comel,islam kalu setaklat ni la daya fikir kaum PAS sampai kiamat pun tuhan tak izin puak demo memerintah,dan sampai tangan nik aziz sampai ke langit berdoa pun tuhan tak kan makbul.. Ambo bukan puak mano-mano tapi kalu kawe tengok sikap,pegangan,amalan puak PAS maha pelik ni kawe jadi serabut……pikir,pikir la jangan jadi fanatik dan taksub terlajak kalu benda hitam kata hitam kalu putih kata putih jangan ptih kata hitam hitam kata putih pulak nanti sesat kebarat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: