Jawatankuasa DPPKPM sesi 2009-2011

Alhamdulillah, pada 15 April 2009 Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Mas telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunanke 37 bertempat di Maahad Muhammadi Pasir Mas. Mesyuarat Tahunan kali ke 37 ini menyaksikan pertukaran Jawatankuasa Baru DPPKPM bermula dari Ketua Pemuda, Naib Ketua Pemuda dan pertukaran beberapa ahli jawatankuasa baru.

Untuk 3 jawatan tertinggi, Ketua Pemuda PAS Kawasan Pasir Mas untuk sesi 2009-2011 ialah Ustaz Mohd Suazhar yang dahulunya memegang jawatan Naib Ketua Pemuda, sementara Ustaz Hanif Wan Ahmad masih kekal sebagai Timbalan Ketua Pemuda. Naib Ketua Pemuda pula ialah Ustaz Ahmad Fadhli Shaari yang dulunya menyandang jawatan Ketua Penerangan Pemuda DPPKPM.

Advertisements

Pemergian Allahyarham Wan Jamil Satu Kehilangan Besar Kepada PAS Kelantan – Timbalan DPPKPM

ust_wan_jamil

28 Februari 2008 – Pemergian Allahyarham Wan Jamil Wan Mahmood, bekas ahli Parlimen Tumpat hari ini merupakan satu kehilangan besar kepada perjuangan PAS khususnya di Kelantan. Ini kerana allahyarham merupakan seorang tokoh yang sangat komited terhadap perjuangan PAS dan sering kali menitikberatkan persoalan tarbiyyah di dalam diri ahli-ahli PAS, kata Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pasir Mas (DPPKPM), Ustaz Muhammad Hanif Wan Ahmad.

“Allahyarham tidak asing di kalangan orang-orang lama di dalam PAS dan juga generasi baru ekoran program tarbiah yang berterusan yang diterajui oleh beliau. Ini sesuai dengan jawatannya sebagai Pengerusi Lajnah Tarbiyyah PAS Kelantan.” Ujarnya.

Allahyarham Wan Jamil menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian pada pukul 1.00 pagi ini ekoran jangkitan paru-paru. Jenazahnya telah selamat disemadikan di kampungnya di Pasir Pekan pada pukul 11.30 pagi ini. Solat jenazah diimamkan oleh YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan. Turut hadir bersama Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar dan juga pimpinan kerajaan yang lain.

“DPPKPM mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga allahyarham dan berharap agar roh beliau dirahmati oleh Allah SWT sesuai dengan kesucian perjuangan yang didokongnya.” katanya.

Majlis Perjumpaan PASTI Kawasan Pasir Mas

pasti061208

6 Disember 2008 – Satu majlis perjumpaan PASTI peringkat kawasan Pasir Mas telah diadakan pada hari ini di bangunan PAS Kawasan di Jalan Pohon Celagi, Pasir Mas. Majlis ini melibatkan semua pengerusi dan setiausaha PASTI Cawangan serta guru-guru PASTI. Antara yang hadir ialah Ketua DPPKPM, Saudara Rozi Muhammad dan Timbalannya, Ustaz Muhammad Hanif yang juga merupakan pengerusi PASTI Kawasan Pasir Mas. Turut hadir Ustaz Mukhtar, Setiausaha Kerja PASTI Negeri Kelantan dan Cikgu Muhammad Nuri, Setiausaha PASTI Negeri Kelantan yang mewakili YB Mohd Zaki Ibrahim, Pengarah PASTI Kelantan yang seterusnya merasmikan majlis tersebut.

DPPKPM Tubuhkan Skuad Bantuan Banjir

1 Disember 2008 – Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Mas (DPPKPM) menubuhkan skuad khas untuk menjalankan kerja-kerja bantuan kepada mangsa banjir khususnya di kawasan Pasir Mas. Ini berikutan fenomena hujung tahun yang seringkali menyaksikan banjir melanda di Pantai Timur dan tidak terkecuali kawasan-kawasan di dalam jajahan Pasir Mas.

Menurut Ketua DPPKPM, Saudara Rozi Muhammad, skuad khas ini terdiri daripada 30 orang sukarelawan yang akan sentiasa bersiap sedia dari masa ke semasa untuk menjalankan kerja-kerja pemindahan mangsa banjir ke pusat-pusat pemindahan. Untuk tujuan itu, sebuah bot khas telah disediakan dan para sukarelawan terbabit diletakkan di dalam keadaan berjaga-jaga di kawasan-kawasan yang dijangka akan mengalami banjir.

“Kebiasaannya, di dalam jajahan Pasir Mas, kawasan-kawasan seperti Gelang Mas, Bunut Susu dan Chetok seringkali mengalami banjir dan menyaksikan sejumlah mangsa-mangsa banjir terpaksa dipindahkan. Menyedari realiti ini, DPPKPM merasakan tanggungjawab untuk turut serta menjalankan kerja-kerja kebajikan bagi membuktikan kita sentiasa peka dengan masalah yang menimpa masyarakat,” ujar Rozi.

Program Tadarus dan Berbuka Puasa DPPKPM

25 September 2008 – Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Mas (DPPKPM) hari ini telah mengadakan program tadarus dan berbuka puasa di Masjid Bechah Semak dalam kawasan DUN Tendong. Menurut Ketua DPPKPM, Saudara Rozi Muhammad, program tersebut merupakan medan untuk mengeratkan hubungan di antara AJK DPPKPM dengan para pemuda di peringkat cawangan dan DUN. Program ini juga turut diselitkan dengan penyampaian bantuan kepada 45 orang pemuda yang terpilih dari DUN Tendong, Chetok dan Pengkalan Pasir di mana majlis penyampaian telah disempurnakan oleh YB Ustaz Latiff bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan merangkap ADUN Mengkebang. Sealin AJK DPPKPM, turut bersama hadir dan menyampaikan tazkirah ialah YB Dr Muhammad bin Daud, ADUN Tendong.

Majlis Berbuka Puasa DPPKPM

20 September 2008 – Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Mas (DPPKPM) telah mengadakan majlis berbuka puasa untuk ahli-ahli jawatankuasanya hari ini bertempat di Hotel Raudhah, Kota Baharu. Menurut Ketua DPPKPM, Saudara Rozi Muhammad, majlis sebegini merupakan di antara agenda tahunan DPPKPM dan ini bertujuan untuk merapatkan ikatan ukhuwwah sesama AJK DPPKPM selain menghargai kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh penggerak DPPKPM selama ini. Turut hadir di dalam majlis ini ialah Timbalan DPPKPM, Saudara Muhammad Hanif bersama seluruh AJK DPPKPM.

 

 

 

 

 

 

Akademik Bola Sepak Darulnaim

Salam Perjuangan…

Pasir Mas, 08/08/08 – bertempat di mini stadium Pasir Mas, Akademik Bola Sepak Darulnaim anjuran Urusetia Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan telah dilancarkan. Akademik ini ditubuhkan bagi mengilap bakat-bakat muda seawal 10 tahun lagi. Untuk permulaan, akademik ini dibuka kepada pelajar-pelajar yang berusia 10 – 15 tahun dan terhad kepada 50 orang sahaja. Bayaran pendaftaran adalah RM 25 seorang.

Akademik ini mula ditubuhkan pada awal Januari 2006 yang memberi tumpuan khusus kepada pelatih-pelatih bola sepak bagi peringkat umur 10 – 12 tahun dan tertumpu di jajahan Kota Bharu sahaja. Pada tahun ini, Kerajaan Negeri di bawah Unit Pembangunan Sukan telah memilih lima Jajahan untuk permulaan bagi mempromosikan akademik ini iaitu Pasir Mas, Kota Bharu, Tumpat, Tanah Merah dan Bachok.

Continue reading