Abdullah Badawi Sudah Kehilangan Kepercayaan Dari Pemimpin UMNO Sendiri – Ketua DPPKPM

22 September 2008 – Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sewajarnya berundur secepat mungkin sebagai Perdana Menteri kerana sudah kehilangan kepercayaan dari pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO sendiri. Ini kerana semakin lama beliau kekal sebagai Perdana Menteri, negara semakin menuju ke arah yang lebih teruk khususnya dari sudut ekonomi, kata Saudara Rozi Muhammad, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Mas (DPPKPM).

 

Beliau berkata demikian semasa mengulas laporan beberapa media utama yang menyebut mengenai tekanan oleh beberapa orang ahli Majlis Tertinggi UMNO yang mendesak supata Pak Lah mempercepatkan proses peralihan kuasa tanpa menunggu tempoh Jun 2010. Tekanan ini dipercayai datang dari pemimpin-pemimpin kanan UMNO sendiri termasuk seorang Naib Presiden dan ketua sebuah sayap kanan parti itu.

 

”Tidak pernah berlaku di dalam sejarah, seorang pemimpin tertinggi UMNO berada dalam keadaan yang paling lemah seperti yang dihadapi oleh Pak Lah sekarang. Bahkan semasa Tun Dr Mahathir mengumumkan perletakan jawatannya, ianya disambut dengan esak tangis dari ahli-ahli UMNO, namun keadaan sekarang benar-benar berbeza,”, katanya.

 

”Sebenarnya kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan melalui media oleh pimpinan utama UMNO seperti Tan Sri Muhyidin Yasin dan lain-lain ialah isyarat sebenar yang mewakili pandangan ahli UMNO dan seluruh rakyat Malaysia. Mereka sudah benar-benar bosan dengan kepimpinan Pak Lah yang tidak membawa apa-apa faedah kepada rakyat,” ujarnya.

 

”Bagaimanapun, kita ingin mengingatkan dengan pengunduran Pak Lah, tidak akan membawa erti apa-apa sekiranya UMNO terus kekal sebagai pemerintah. Ini kerana UMNO itu sendiri pun umpama kapal yang sedang karam dan tidak akan dapat diselamatkan lagi. Jalan yang terbaik selepas pengunduran Pak Lah ialah dengan diserahkan mandat pemerintahan negara kepada Pakatan Rakyat sebagai alternatif baru rakyat Malaysia,” tegasnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: