Tadarus Bersama YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz

Salam Ramadhan…

Jumaat, 12 September – Program tadarus al-Quran dan berbuka puasa peringkat PAS Kawasan Pasir Mas berlangsung di Maahad Tahfiz Banggol Chicha. Majlis seumpama ini telah diaturkan oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan.

Tahun ini merupakan tahun yang ke 16 tadarus seumpama ini dianjurkan oleh Kelantan di bawah kepimpinan YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, di mana beberapa ayat dipilih setiap tahun untuk ditadarus dan difahami maknanya oleh semua rakyat Kelantan.

Kami sungguh beruntung kerana kawasan Pasir Mas menjadi pilihan YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz untuk beliau turun bersama-sama dengan pimpinan kawasan dan cawangan telah dijadualkan sampai jam 6.30 petang.

Kebanyakkan pimpinan kawasan sama ada peringkat AJK Kawasan, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan AJK PAS cawangan serta pelajar tahfiz turut hadir sama menjayakan program tersebut. Program ini bermula dengan solat asar berjemaah dan tadarus al-Quran dan kupasan yang diketuai oleh YB Ust Hj Mohamad, ADUN Tendong.

Tepat jam 6.30 petang YAB Tuan Guru tiba dengan diiringgi oleh YB Hj Hanifa Ahmad, ADUN Pengkalan Pasir. Program seterusnya dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YB Hj Hanifa dan pelancaran “Tabung Wakaf Tanah Maahad Tahfiz Banggol Chicha” dengan penyampaian cek diserahkan kepada YAB Tuan Guru Dato’.

Antara ucapan yang dibuat oleh YAB Tuan Guru adalah ;

Beliau menegaskan tentang makna taqwa iaitu takut / gerun kepada Allah / hati-hati /buat apa yang Allah suruh dan tinggal apa yang diarang.

Beliau menghuraikan tentang sifat Allah. Allah tidak serupa dengan makhluk. Beliau memberi contoh tukang ukir kayu tidak akan serupa dengan kayu yang diukirnya.

Beliau berharap tadarus ini jangan terhenti dengan membaca sahaja tetapi dengan tajwid, dan maknanya sekali. Al-Quran ini adalah surat kiriman Allah, manakala Ramadhan ialah bulan puja umur Al-Quran yang lebih hebat lagi dari puja umur raja-raja.

Selesai ucapan YAB Tuan Guru, seperti kebiasaan kami dihidangkan dengan buah tamar, kuih dan air untuk berbuka seterusnya solat Maghrib berjemaah bersama-sama. Selesai solat Maghrib baru hadirin makan nasi bersama-sama YAB Tuan Guru dan bersurai.

One Response

  1. salam ziarah

    http://mengkebang.pas.org.my/

    laman web naib ketua pemuda pas kelantan

    largest malaysian muslim democracy part

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: