Ihtifal PASTI Kawasan Pasir Mas

Salam Ramadhan…

30 Ogos 2008 – PASTI Kawasan Pasir Mas telah menganjurkan program Ihtifal PASTI peringkat Kawasan Pasir Mas bertempat di Dewan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, pejabat PAS Kawasan Pasir Mas. Penganjuran ini diadakan sempena menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak.

Antara acara yang dipertandingkan adalah ;
i) Pertandingan Hafazan,
ii) Pertandingan Nasyid,
iii) Pertandiangan Azan,
iv) Pertandingan Bercerita,
v) Pertandingan Khutbah,
vi) Pertandingan Sajak; dan
vii) Pertandingan Pidato.

PASTI Kawasan Pasir Mas telah mendahului PASTI Kawasan lain dalam penganjuran Ihtifal PASTI ini. Setiap PASTI Cawangan di WAJIBkan menghantar sekurang-kurangnya satu penyertaan dalam setiap acara yang dipertandingkan. Dengan kehadiran ibu bapa pelajar masing-masing, ianya memberikan satu sokongan moral kepada para pelajar untuk membuat persembahan yang terbaik.

Pemenang bagi setiap acara yang dipertandingkan akan mewakili PASTI Kawasan Pasir Mas untuk bertandingan diperingkat Negeri Kelantan dan seterusnya peringkat Kebangsaan (Pusat).

Program seumpama ini amat berkesan sekali bagi mebina keberanian pelajar-pelajar PASTI untuk berhadapan dengan orang ramai. Mungkin para pelajar ini merupakan barisan pelapis kepimpinan pada masa akan datang.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh saudara Rozi Muhamad, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Mas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: