Kemenangan Permatang Pauh Bakal Merubah Landskap Politik Negara – Ketua DPPKPM

27 Ogos 2008 – Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Mas (DPPKPM) yakin bahawa kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh semalam bakal merubah landskap politik negara yang selama ini di bawah genggamman kerajaan UMNO/Barisan Nasional, kata Ketua DPPKPM, Rozi Muhammad ketika mengulas keputusan pilihan raya kecil Permatang Pauh.

 

“Sepatutnya UMNO sedar bahawa dengan keputusan yang mengejutkan ini, rakyat sebenarnya sudah menolak UMNO secara keseluruhannya. Bahkan di dalam kawasan Dun Seberang Jaya yang sebelum ini dimenangi oleh UMNO turut sama tumpas di tangan Parti Keadilan Rakyat,” katanya lagi yang turut serta dalam kempen pilihan raya kecil tersebut.

 

“Sekarang ini ialah masa untuk kita melihat ke hadapan dengan penuh harapan. Kita yakin bahawa dengan kemasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke parlimen akan memberikan harapan kepada jutaan rakyat Malaysia yang ingin menyaksikan pembentukan Malaysia Baru yang bebas dari rasuah dan penyelewengan. Rakyat sudah cukup tertekan dengan kenaikan harga barang ekoran dari kerakusan sekerat dua pemimpin negara yang tidak bertanggungjawab. Kini, kuasa rakyat telah diterjemahkan di dalam peti undi pilihanraya umum yang lalu dan berterusan sehingga ke Permatang Pauh,” ujarnya.

 

Di dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh yang diadakan Selasa lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berjaya mengalahkan dua lagi calon dari Barisan Nasional dan AKIM.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: