Akademik Bola Sepak Darulnaim

Salam Perjuangan…

Pasir Mas, 08/08/08 – bertempat di mini stadium Pasir Mas, Akademik Bola Sepak Darulnaim anjuran Urusetia Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan telah dilancarkan. Akademik ini ditubuhkan bagi mengilap bakat-bakat muda seawal 10 tahun lagi. Untuk permulaan, akademik ini dibuka kepada pelajar-pelajar yang berusia 10 – 15 tahun dan terhad kepada 50 orang sahaja. Bayaran pendaftaran adalah RM 25 seorang.

Akademik ini mula ditubuhkan pada awal Januari 2006 yang memberi tumpuan khusus kepada pelatih-pelatih bola sepak bagi peringkat umur 10 – 12 tahun dan tertumpu di jajahan Kota Bharu sahaja. Pada tahun ini, Kerajaan Negeri di bawah Unit Pembangunan Sukan telah memilih lima Jajahan untuk permulaan bagi mempromosikan akademik ini iaitu Pasir Mas, Kota Bharu, Tumpat, Tanah Merah dan Bachok.

Barisan jurulatih adalah terdiri daripada bekas-bekas pemain bola sepak negeri Kelantan era 80an – 90an. Antaranya Hashim Mustapha, Zahasmi Ismail, Zulkifli Abdullah, dan jurulatih bagi Pasir Mas adalah Mohd Salahuddin Ismail.

 

Pendaftaran pelajar untuk Pasir Mas pada hari itu, saya difahamkan melebihi 50 orang. Sesi latihan para pelatih akan diadakan 2 sesi setiap minggu pada sebelah pagi di padang mini stadium Pasir Mas. Setiap sesi latihan adalah dalam tempoh 2 jam.

 

 

 

Pada fasa pertama latihan, aspek yang ditumpukan ialah dari sudut teknikal iaitu menerima bola dan menghantar bola. Fasa seterusnya adalah untuk memantapkan kefahaman teknikal para pelatih.

 

Dengan tertubuhnya akademik ini, tidak mustahil suatu hari nanti pelatih-pelatih muda ini mungkin akan menjadi pelapis pemain bola sepak  Malaysia dan mungkin ianya dapat menyaingi My Team. Turut hadir pada sesi latihan tersebut adalah saudara Rozi Mohamad (Ketua), Muhammad Hanif (Timb. Ketua) dan beberapa AJK Dewan Pemuda PAS Pasir Mas.

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: