Konsert Inul di Selangor Wajar Dibantah – Naib Ketua DPPKPM

Dewan Pemuda PAS Pasir Mas membuat gesaan agar konsert Ratu Dangdut dari Indonesia di Selangor yang dijadualkan berlangsung pada 27 Julai ini dibatalkan demi kepentingan moral dan akhlak muda-mudi yang semakin teruk pada hari ini. Konsert tersebut juga tidak bertepatan dengan dasar PAS yang mendukung pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, kata Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pasir Mas, Ustaz Mohd Suazhar bin Abdullah.

 

“Di tengah-tengah kebejatan sosial yang berlaku pada hari ini, kita melihat penganjuran konsert Inul Daratista ini tidak akan memberikan apa-apa manfaat bahkan menambah lagi kepada kerosakan akhlak muda-mudi. Tambahan pula dengan imej penyanyi dangdut berkenaan yang langsung tidak mencerminkan kebaikan akhlak dan hanya akan menumbuhkan lagi masalah yang sudah sedia bertimbun di negara ini,” katanya.

 

Inul atau Ainur Rokhimah Abdullah Aman, 29, merupakan seorang ratu dangdut yang terkenal dan pernah beberapa kali datang ke Malaysia untuk mengadakan persembahan. Difahamkan bahawa kedatangannya pada kali ini untuk mengadakan konsert di Johor Baharu dan Bukit Jalil. Bagaimanapun, konsert di Johor Bahru telah dibatalkan ekoran tindakan Pejabat Daerah Johor Bahru yang tidak meluluskan permohonan mengadakan konsert di negeri itu

 

“Kita tetap konsisten dengan pendirian kita walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Konsert Inul perlu ditentang walaupun ketika PAS berada dalam kerajaan. Malah, tanggungjawab untuk memastikan program seperti ini terhalang lebih besar lagi memandangkan PAS sebagai sebuah gerakan Islam turut sama menunjangi kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor pada hari ini” ujarnya lagi.

 

 

One Response

  1. Salam Perjuangan…

    Bantah tetap bantah. Kita sebagai Pemuda PAS harus bangkit menentang kemungkaran yang ada. Sekarang ni pun dah banyak gejala sosial yang berlaku hasil daripada pendidikan dan kebebasan yang dibuat oleh Kerajaan BN. Sebagai contoh, penghuni pusat-pusat serenti dan penjara ramai orang melayu.

    Apabila kalah PRU12 baru-baru ni, baru kalut mengadakan seminar sana sini tentang perpecahan melayu. Sekarang baru sedar, tapi yang penting skali adalah membasmi orang melayu dari gejala yang tidak baik. Mengharamkan konsert/hiburan yang melalai dan merosakkan rakyat, arak dan lain-lain lg yang menyalahi syariat Islam.

    Insya Allah, suatu hari nanti PAS akan menguasai bumi Malaysia ini. Takbir… Allahu Akbar….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: