Siapa Yang Berhak Ganti PAk Lah?

Salam Perjuangan…

Semalam, Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan tarikh peralihan kuasa kepada Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak iaitu pada pertengahan tahun 2010 termasuk presiden parti. Beliau mengumumkan keputusan itu selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan taklimat khas bersama Presiden UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Agak lama masanya, macam-macam boleh berlaku dalam tempoh 2 tahun. Mungkin juga Abdullah masih tercari-cari bakal pemimpin yang lebih layak menggantikannya selain dari Najib walaupun Najib telah dicanang bagi menggantikannya. Mungkin Mahyudin Yasin yang lebih bersih dari mana-mana Ahli MT UMNO yang lain. Ada kemungkinan juga perkara ini akan berlaku.

Kalau kita ambil kira teori RAHMAN, pemimpin yang layak untuk menjadi Perdana Menteri yang ke-6 bagi menggantikan Abdulah adalah sama ada Najib yang diwar-warkan sekarang ataupun beralih arah kepada YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz. Semua ini tidak mustahil akan berlaku.

Dalam pada itu juga, Perdana Menteri telah mengumumkan untuk bertanding bagi mempertahankan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti, Disember ini. Abdullah juga dipetik berkata ; “Saya tidak akan memimpin UMNO dan BN pada pilihan raya umum akan datang.” Masih nakkan jawatan lagi, walaupun Abdullah dilihat seorang pemimpin yang sangat lemah dari sudut pemerintahannya.

Najib yang menjadi pilihan Abdullah sebagai penggantinya sekarang ini dilihat oleh rakyat malaysia seorang pemimpin yang amat lemah dan lebih-lebih lagi telah dikaitkan dengan kes pembunuhan Altantuya dalam akuan bersumpah oleh Raja Petra.

Apapun, kita tunggu dan lihat senario yang akan berlaku. Adakah perancangan Abdullah lebih hebat dari apa yang telah dirancangkan Allah S.W.T.

 

Penulis merupakan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pasir Mas.
http://muhammadhanif.wordpress.com

 

4 Responses

  1. perdana menteri yang ke 6 yang paling layak ialah antara dua tokoh ulamak malaysia yang sedang aktif didalam perjuangan islam masa kini beliau ialah……..dua duanya berasal dari pantai timur……..

  2. ulamak mesti bersedia memimpin negara.tampilkan diri wahai ulamak muda yang ada kat malaysia…….jgn hanya pandai bercakap dan bersyarah kamu semua mesti bersedia memikul tanggungjawab dan amanah Allah dan ingat jgn gunakan kedudukkan kamu untuk mencari kepentingan peribadi….

  3. Ulamak yang seorang tu macam mana nak tadbir malaysia…dia banyak bini!!!!

  4. paling layak adalah DSAI dan tuan guru nik aziz menteri besar kelantan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: