Pendekatan Islam Dalam Menangani Pertuduhan Liwat

 30 Jun 2008 – Pendekatan Islam disyorkan di dalam menangai kes dakwaan liwat yang dibuat ke atas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh bekas pembantunya. Ini kerana, tidak ada sistem yang lebih adil dan telus kecuali apa yang diajar oleh Islam, kata Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pasir Mas (DPPKPM), Ustaz Mohd Suazhar Abdullah.

 

Menurutnya, Islam telah mengajar mana-mana pertuduhan yang melibatkan kes zina termasuk juga lilwat hendaklah dikemukakan empat orang saksi yang adil dan melihat dengan mata kepala mereka sendiri peristiwa itu berlaku. Ini jelas melalui maksud firman Allah SWT di dalam Surah an-Nur ayat 4 : “Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, Maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. dan mereka Itulah orang-orang yang fasik.”

“Walaupun ayat ini menujukan kepada pertuduhan terhadap wanita, namun termasuk juga tuduhan terhadap lelaki. Manakala keterangan mangsa serta bukti-bukti yang lain termasuk rekod perubatan serta rakaman video hanyalah sebagai bukti sampingan semata-mata. Ia tidak sama sekali menafikan kepentingan untuk mendatangkan empat orang saksi yang adil” katanya yang juga merupakan Pengerusi Lajnah Tarbiyyah DPPKPM.

 

“Negara telah menyaksikan bagaimana tuduhan liwat yang dilemparkan kepada Anwar Ibrahim 10 tahun yang lalu menjatuhkan kerjayanya dan maruah keluarganya. Walaupun akhirnya dibuktikan tidak bersalah oleh mahkamah, siapakah yang dapat menebus masa yang dihabiskan olehnya di dalam penjara? Kita berharap agar kesilapan yang sama tidak berulang kembali”, ujarnya lagi.

 

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu tuduhan liwat yang dibuat melalui laporan polis terhadap Anwar Ibrahim oleh bekas pembantunya kelmarin.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: