Barisan Nasional Sememangnya Menjunjung Budaya ‘Membeli’ – Ketua DPPKPM

25 Jun 2008 –Barisan Nasional tidak boleh menafikan bahawa mereka bertanggungjawab dalam menyuburkan budaya ‘membeli-belah’ undi di negara ini. Ini dilakukan dengan menggunakan projek serta habuan wang ringgit khususnya setiap kali menjelang pilihanraya, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pasir Mas (DPPKPM), Saudara Rozi Muhammad.

 

Beliau mengeluarkan pandangan demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini yang menegaskan ahli politik di negeri tersebut bukan bahan untuk dijual beli seperti ‘menjual kambing di pasar’. Taib membuat kenyataan tersebut berikutan desas-desus beberapa ahli parlimen dari Sarawak akan ‘dibeli’ untuk menyertai Pakatan Rakyat.

 

“Kita bersetuju dengan pandangan bahawa ahli parlimen bukanlah untuk dijual beli, tetapi bagaimana dengan trade mark Barisan Nasional selama ini yang hanya tahu menggunakan kuasa duit untuk menagih undi. Pelbagai projek dan janji ditabur menjelang pilihanraya, tetapi setiap kali selepas pilihanraya, rakyat akan terus menderita dengan kenaikan harga barang dan sebagainya,” ujarnya.

 

“Di Kelantan khhususnya, kita melihat wang bantuan untuk pelajar miskin digunakan semaksima mungkin untuk meraih undi dari golongan berpendapatan rendah. Guru-guru diugut untuk ditukar sekiranya menyertai pembangkang dan pelbagai taktik murahan yang lain. Semuanya ini menggambarkan politik minda yang rendah yang diperkenalkan oleh UMNO dan Barisan Nasional selama ini,”, tegasnya lagi.

 

“Dalam keadaan sekarang yang jelas menunjukkan Barisan Nasional dalam kelemasan menghadapi era kejatuhannya, segala jenayah politik yang dilakukan sebelum ini tetap akan kekal dalam sejarah. Masyarakat akan mengenang politik murahan Barisan Nasional ini selama-lamanya”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: