Tahniah kepada Harakah

24 Jun 2008 – Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Mas (DPPKPM) mengucapkan tahniah di atas kejayaan Lembaga Pengarah Harakah yang berjaya di dalam permohonan untuk mendapatkan semula permit penerbitan dua kali seminggu dari Kementerian Dalam Negeri semalam. Kejayaan ini diharapkan memantapkan lagi sistem penyampaian maklumat dari pucuk pimpinan khususnya kepada ahli-ahli parti peringat bawahan, kata Timbalan Ketua DPPKPM, Ustaz Muhammad Hanif Wan Ahmad.

 

Beliau berkata demikian semasa mengulas laporan dari Malaysiakini yang menyiarkan pengesahan dari Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman terhadap kejayaan ini. Ahmad Lutfi dilaporkan menyambut baik keputusan kerajaan tersebut.

 

“Kejayaan ini adalah satu perkembangan menarik selepas pilihanraya umum ke 12 yang lepas yang menyaksikan UMNO/BN menerima pukulan teruk di dalam pilihanraya. Apakah kelulusan yang diberikan ini merupakan niat baik kerajaan untuk menyuburkan demokrasi atau hanya sekadar solekan terhadap sebuah kerajaan yang hampir jatuh, kita tidak perlu persoalkannya,” ujar beliau.

 

“Sepatutnya kerajaan tidak patut bertindak menghadkan penerbitan Harakah kepada dua kali sebulan pada tahun 2000 dahulu. Ini kerana, rakyat yang disekat maklumat mereka lambat laun pasti akan menunjukkan reaksi balas sebagaimana yang dibuktikan di dalam pilihanraya yang lepas. Walaupun media eletronik dan cetak keseluruhannya menjadi alat UMNO/BN, ia sama sekali tidak akan mampu menyekat suara rakyat,” tegas beliau.

 

Hanif turut merakamkan pengharapan agar akhbar Harakah dapat memantapkan lagi persembahan dan isi kandungan agar mampu menarik lebih ramai individu untuk bersama-sama dengan PAS.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: