Tindakan BPR Tidak Matang – Ketua Penerangan DPPKPM

21 Jun 2008 – Tindakan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang mengumumkan siasatan ke atas Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee adalah merupakan satu tindakan yang tidak matang dan memperlihatkan hakikatnya sebagai alat kerajaan UMNO/BN. Ini kerana tindakan tersebut dilakukan hanya setelah Yong Teck Lee mengumumkan akan ketidakyakinan partinya terhadap kepimpinan Pak Lah, kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pasir Mas (DPPKPM), Ustaz Ahmad Fadhli bin Shaari.

Beliau berkata demikian semasa mengulas kenyataan Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan yang dilaporlkan berkata, siasatan akan dibuat ke atas Teck Lee berasaskan satu kenyataan mengenai pembabitannya dalam satu perbicaraan kes rasuah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.

“Kita tidak mempertikaikan hasrat BPR untuk menghapuskan rasuah, tetapi persoalannya kenapa ia hanya berbangkit selepas Teck Lee mengisytiharkan akan menyokong usul tidak percaya kepada Pak Lah? Kenapa ianya tidak diumumkan sebelum ini? Amat mustahil ia hanya merupakan satu kebetulan,” ujarnya.

“Apa yang kita bimbang, sebenarnya masih banyak lagi kes-kes rasuah yang berada dalam pengetahuan BPR tetapi didiamkan kerana melibatkan pimpinan Barisan Nasional. Ia hanya akan didedahkan apabila UMNO/BN dilihat berada dalam keadaan terancam. Kalau demikian, BPR tidak ubah seperti badut sarkas Barisan Nasional sahaja.” Katanya lagi.

Kredibiliti BPR selaku badan bebas seringkali dipertikai apabila mereka memperlihatkan sikap berpihak yang ketara apabila hanya menjalankan siasatan jika melibatkan kepentingan kerajaan UMNO/BN. Antara lain BPR dilihat begitu pantas menjalankan siasatan ke atas Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz apabila mengeluarkan kenyataan mendakaw dirinya pernah ditawar sogokan tetapi di dalam masa yang sama tidak bertindak ke atas beberapa ahli parlimen BN yang juga mendakwa ditawar sogokan.

“Kita bimbang sekiranya BPR terus bersikap demikian ia hanya akan menjadi bahan ketawa rakyat yang sama sekali sudah hilang kepercayaan terhadap kerajan Pak Lah. Jika ini berlaku, rakyat sama sekali tidak akan menghormati fungsi BPR sebagai badan bebas,” ulas beliau.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: