Murnikan Pandangan Terhadap Islam

oleh Ahmad Fadhli bin Shaari

Telah berkata Saudara Roslan Aziz seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini : “Dalam Umno yang baik ada orang-orang senget. Orang-orang alim, lebai-lebai yang baik pula dalam parti senget..”

          Khabarnya komen ini lahir apabila Dewan Pemuda PAS Selangor bertindak menghantar memorandum kepada YAB Menteri Besar Selangor membantah konsert Mas Idayu dan Ella yang dirancangkan akan diadakan di Selangor. Lalu lahirlah komen-komen pedas dari aktivis-aktivis seni kononnya tindakan Dewan Pemuda PAS Selangor sebagai tindakan yang keterlaluan.

          Perlu difahami bersama, PAS selamanya merupakan parti Islam. Agenda Islam tidak pernah digugurkan dari matlamat perjuangan PAS. Bahkan konsep negara berkebajikan yang dijadikan sebagai manifesto pilihanraya umum ke 12 yang lalu sama sekali tidak menafikan perjuangan Islam PAS.

          Maka di atas nama Islam itulah, setiap tindak tanduk PAS pastinya akan diusahakan agar tidak bertentangan dengan dasar perjuangannya. Dan ini bukan tugas PAS sahaja, bahkan menjadi tugas setiap yang mengaku Islam termasuk Roslan sendiri! Sinis benar kata-kata Roslan yang pernah gagal dalam rumahtangga pertamanya itu.       

          Hari ini dalam keadaan suasana moral dan akhlak yang cukup-cukup kritikal, perlukah masyarakat kepada konsert-konsert yang akan membuka lebih banyak pintu terjadinya masalah moral? Kata mereka, di Kelantan pun banyak berlaku kes-kes zina. Ya, tetapi berapa banyak? Sebanyak yang berlaku di Lembah Klang? Jangan dilupa dengan statistik jenayah berat di Malaysia yang meletakkan Kelantan sebagai negeri terendah kadar jenayahnya pada tahun 2006!

          Apapun, dalam hal ini PAS perlu segera bertindak. Para pimpinan perlu cepat dalam mengeluarkan kenyataan agar tidak nanti dipulas oleh hantu-hantu UMNO yang masih berselindung di pejabat-pejabat media. Kefahaman masyarakat termasuk umat Islam sendiri tentang Islam sebenarnya sudah lama terpesong. Bayangkan apabila seorang bekas vokalis beragama Islam boleh mengeluarkan kenyataan bahawa soal aurat masih belum jelas di dalam Islam, kita boleh meneka sendiri setakat mana kefahamannya tentang agama yang dia sendiri anuti!

          Sekiranya komen-komen tersebut lahir dari individu-individu non-muslim, ia masih boleh dimaafkan di atas dasar kejahilan mereka, namun apabila orang-orang yang mengaku Islam sibuk membuat kenyataan tentang agama dalam keadaan mereka jahil dengannya, ini satu perkembangan yang teruk.

          Di Kelantan, hiburan dikawal dengan begitu baik. Menteri Besar seringkali menunjukan keterbukaannya dengan golongan artis. Konsert-konsert dibenarkan selagi mana menepati lunas-lunas syarak. Sepanjang 18 tahun dasar ini diperkenalkan, anak-anak muda di Kelantan tidak mengenali kedai-kedai nombor ekor dan pusat-pusat hiburan, lalu apa masalahnya? Ibubapa tidak perlu risau anak-anak mereka berkeliaran di kelab-kelab malam berlesen kerana suasana itu tidak wujud di negeri Kelantan yang tidak jadi bermenteri besarkan seorang doktor!

          Benar, tidak boleh disamakan Selangor dengan Kelantan. Bagaimanapun, bantah tetap bantah. Tinggal lagi, murnikan pandangan umum terhadap Islam. Jangan dibiarkan pelesit-pelesit UMNO berkeliaran menyimbah minyak ketika api sedang marak membakar. Ingatlah, sebelah kaki PAS sebearnya sudah berada di Putrajaya.

Penulis merupakan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pasir Mas

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: