Pemulangan Royalti Bukti Kerajaan BN Mengaku Salah – Ketua DPPKPM

16 Jun 2008 – Pemulangan semula royalti minyak Terengganu seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri membuktikan dengan jelas kezaliman mereka sebelum ini dalam menafikan hak rakyat Terengganu. Kezaliman ini akan terus kekal di dalam lipatan sejarah selama-lamanya dan UMNO/BN tidak berhak lagi untuk berlakon menjadi juara mempertahankan ketuanan Melayu, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pasir Mas, Saudara Rozi bin Muhammad.

 

“Apabila UMNO/BN mengambil keputusan untuk menghentikan pembayaran royalti kepada Terengganu selepas jatuh ke tangan PAS pada tahun 1999, apakah pendirian UMNO Terengganu pada masa itu? Apakah itu tidak bererti menafikan hak rakyat? Sepatutnya sekarang, mereka perlu mengaku salah dan memohon maaf dari seluruh rakyat Terengganu. Selepas hampir 10 tahun royalti menjadi wang ihsan, ke mana perginya duit tersebut? Benarkah ia masuk ke poket rakyat? Persoalan-persoalan inilah sebenarnya patut dijawab terlebih dahulu oleh UMNO sebelum bercakap soal ketuanan Melayu”, tegasnya.

 

“Dulu semasa royalti mula dinafikan, UMNO mengatakan langkah itu sebagai tepat. Sekarang mereka menuntut semula royalti. Kalau selepas ini PAS berjaya menguasai semula Terengganu, apakah royalti akan ditarik balik? Nampaknya politik UMNO tidak lebih hanya sekadar politik kampungan dan politik Pak Pandir.”

 

Menurut beliau lagi, penafian royalti kepada Terengganu selama hampir 10 tahun menyebabkan rakyat Terengganu kehilangan hak sebagai penduduk bumi Terengganu sementara hasil mahsul bumi mereka dipunggah keluar saban hari. Malah, projek-projek mega yang dibuat di Terengganu termasuklah masjid kristal langsung tidak memberikan manfaat kepada rakyat bawahan.

 

Mengulas kenyataan bekas Setiausaha UMNO Terengganu, Datuk Rosol Wahid yang mengatakan pembangkang tidak boleh mendabik dada mengaku juara dalam isu ini, Rozi mengulas, “ Rosol perlu memberikan penjelasan tentang tindakan biadapnya terhadap istana dalam kemelut perlantikan Menteri Besar baru-baru ini. Satu Malaysia masih ingat kata-kata Rosol untuk meletakkan jawatan bersama 21 ADUN yang lain, sekarang beliau masih mahu bercakap? Malang sekali UMNO Terengganu mempunyai individu-individu seperti ini,” ujarnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: