Kenyataan Mufti Perlis Disokong – Ketua Penerangan DPPKPM

10 Jun 2008 – Tulisan terbaru Sohibus Samahah Mufti Perlis, Dr Mohd Asri bin Zainal Abidin di dalam Mingguan Malaysia, 8 Jun 2008 yang lalu merupakan tulisan yang baik dan sepatutnya direnungi oleh pelbagai pihak. Bahkan sepatutnya tulisan yang bertajuk ‘Agama Bukan Mengkhayalkan Orang Miskin’ itu menjadi bacaan wajib bagi mereka yang bergelar pemimpin di dalam menghadapi krisis harga minyak pada hari ini, kata Ketua Penerangan DPPKM, Ustaz Ahmad Fadhli bin Shaari.

 

“Kita turut mempunyai pendirian yang sama dengan Mufti Perlis di dalam hal ini di mana sepatutnya budaya berjimat cermat sepatutnya bermula dari atas. Pada saat rakyat diminta untuk mengikat perut dalam menghadapi kenaikan harga minyak, amatlah tidak patut sekiranya pemimpin negara sendiri hidup dalam keadaan mewah dengan menggunakan duit rakyat,” tegasnya.

 

“Pengumuman potongan gaji dan elaun menteri kabinet sebanyak 10% seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri adalah satu langkah yang baik namun ia agak terkebelakang daripada apa yang dilakukan di Kelantan di mana potongan sebanyak 20% kepada pimpinan negeri telah diamalkan semenjak tahun 1990 lagi,” ujarnya.

 

Menurut beliau lagi, sepatutnya mufti-mufti lain di seluruh Malaysia turut sama melontarkan idea dan pandangan kepada masyarakat berkenaan dengan isu kenaikan harga minyak dan kos sara hidup memandangkan masyarakat terkial-kial meneruskan hidup dalam keadaan yang begitu runcing seperti yang berlaku pada hari ini.

 

“Sesungguhnya agama bukanlah hanya satu idea yang berlegar di atas kertas kerja dan bilik mesyuarat sahaja, tetapi ia harus hidup di dalam masyarakat. Kita berharap agar instituti mufti khususnya tidak ketinggalan di dalam isu-isu semasa seperti ini,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: