“Tiada yang ikhlas dalam perjuangan sekular” – Timbalan Ketua DPPKPM

03 Jun 2008 – Tidak ada seorangpun yang melibatkan diri di dalam perjuangan sekular berjuang dengan ikhlas untuk bangsa dan agamanya. Ini kerana, mereka sendiri pun sedar niat masing-masing yang hanya menjadikan perjuangan sebagai paksi untuk merebut projek dan peluang mengaut kekayaan, kata Timbalan Ketua Dewa Pemuda PAS Pasir Mas, Ustaz Muhammad Hanif Wan Ahmad. Beliau berkata demikian semasa mengulas kenyataan Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim hari ini yang membangkitkan rasa hairannya dengan sikap terlalu mudah UMNO menerima kemasukan Mohamad Ezam Mohd. Noor berbanding penerimaan bekas ahli Parti Melayu Semangat 46 (S46) sebelum ini.

 

Rais dilaporkan berkata demikian dengan membangkitkan rasa curiga mengenai kemasukan semula bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu kerana ia berlaku secara tiba-tiba tanpa dirundingkan terlebih dahulu dengan Jawatankuasa Pengurusan UMNO.

 

“Demikianlah parti UMNO yang bergelumang dengan kepentingan peribadi tanpa ada batasan. Parti sekular seperti ini langsung tidak mempunyai wawasan untuk membela nasib bangsa apatah lagi agama Islam yang dianuti. Lantaran itu, mereka sepanjang masa akan sentiasa mengsyaki antara satu sama lain kerana semuanya bertuhankan projek dan wang ringgit.” ujar Hanif.

 

“Lihat sahaja bagaimana mudahnya UMNO menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew hanya semata-mata kerana kepentingan politik. Terbaru pula kegagalan kerajaan UMNO/BN dalam mentadbir pulau Batu Putih menyebabkan akhirnya ia tergadai ke tangan Singapura ekoran keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).” tegasnya lagi.

 

Kemasukan Ezam Mohd Nor ke dalam UMNO minggu lepas dijangka menjadikan suasana perebutan jawatan menjelang pemilihan UMNO hujung tahun ini semakin hangat. Dengan pelbagai kem yang telah muncul, kemasukan Ezam menurut para penganalilsis tidak akan menambah sebarang kekuatan baru kepada UMNO melainkan dilihat sebagai usaha presiden UMNO untuk mengukuhkan kedudukannya.

 

“Sesungguhnya demikianlah tabiat perjuangan sekular dari zaman berzaman. Satu perkara yang mustahil mereka miliki selama-lamanya selagi mana mereka bertenggek di atas dasar sekular ialah keikhlasan,” katanya lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: