Tindakan JAKIM Dipersoal – Ketua Penerangan DPPKPM

30 Mei 2008 – Tindakan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz (gambar) yang bertegas untuk meneruskan program berkonsepkan Islam Hadhari di Selangor dan Pulau Pinang dipersoal kejujurannya. Ini kerana tindakan pihak JAKIM seolah-olah membayangkan hanya jenama Islam Hadhari sahaja yang mampu memperkenalkan Islam kepada masyarakat, ulas Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pasir Mas (DPPKPM), Ustaz Ahmad Fadhli bin Shaari.

“Adakah tanpa menggunakan jenama Islam Hadhari, program-program keagamaan tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya? Bagaimana dengan negeri Selangor yang dilihat rancak menghidupkan aktiviti-aktiviti keagamaan di masjid dan forum-forum sekalipun tidak di atas nama ISlam Hadhari?”, ujarnya apabila mengulas kenyataan Wan Mohamad semalam bahawa Jakim akan meneruskan program berkaitan Islam Hadhari, terutama di masjid kerana yakin ia mampu membawa kesan positif.

“JAKIM perlu menyedari bahawa umat Islam di Malaysia keseluruhannya sudah menolak konsep Islam Hadhari yang ditaja oleh Perdana Menteri di dalam pilihanraya umum yang lepas. Kita menjemput pihak JAKIM supaya bertandang di Kelantan melihat bagaimana program-program keagamaan dan keilmuan berjalan dengan lancar tanpa perlukan nama Islam Hadhari,” tegasnya lagi.

“JAKIM juga perlu memahami bahawa tindakan kerajaan Pakatan Rakyat mengharamkan Islam Hadhari di Selangor dan Pulau PInang hanyalah dengan tujuan supaya rakyat tidak keliru di dalam memahami Islam yang sebenar. Dan Islam yang sebenar itu tidak lain hanyalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.” ujarnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: