Keputusan Ezam Sertai UMNO Dikesali – Timbalan Ketua DPPKPM

Keputusan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Ezam Mohd Nor menyertai semula UMNO merupakan tindakan yang amat dikesali. Ini kerana tindakan tersebut seolah-olah telah menafikan segala perjuangan yang didokongi oleh beliau sendiri semenjak 10 tahun kebelakangan ini.  Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pasir Mas, Ustaz Muhammad Haniff Wan Ahmad berkata demikian semasa mengulas kemasukan Ezam ke dalam UMNO semalam.

 

 

“Kita kesal dengan keputusan Ezam di saat gelombang rakyat secara umumnya sedang menolak rejim UMNO/BN yang bergelumang dengan pelbagai skandal rasuah dan penyelewengan. Di saat gelombang anti-BN diterjemahkan oelh rakyat dalam pilihanraya umum yang lalu, tiba-tiba Ezam mengisytiharkan dirinya masuk UMNO.” Katanya lagi.

 

“Sekiranya Ezam berhasrat untuk menghapuskan rasuah seperti yang didakwa, lupakah beliau bagaimana Perdana Menteri yang masih berkuasa sekarang juga turut bergelumang dengan pelbagai dakwaan rasuah yang melibatkan anak menantu? Kita sungguh kesal dengan keputusan Ezam, seorang yang pernah meringkuk di dalam penjara semata-mata kerana perjuangan tiba-tiba membuat keputusan yang sukar diterima ini.”  ujarnya.

 

Keputusan Ezam untuk menyertai semula UMNO telah tersebar semenjak Tun Dr Mahathir mengisytiharkan keluar UMNO pada minggu lepas. Berita angin tersebut menjadi kenyataan apabila Ezam mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri kira-kira pukul 3.00 petang semalam. Beberapa pihak membuat ramalan sebelumnya bahawa pertemuan tersebut adalah hanya untuk membuat pengumuman kemasukan Ezam ke dalam UMNO.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: