Pengharaman Islam Hadhari Satu Tindakan Tepat – Ketua Penerangan DPPKPM

28 Mei 2008 – Tindakan kerajaan negeri Selangor mengharamkam Islam Hadhari merupakan satu langkah tepat ke arah pemurnian akidah Islam agar tidak difahami dengan secara salah oleh masyarakat. Ini kerana semenjak Islam Hadhari diperkenalkan, lebih banyak kekeliruan yang timbul yang akhirnya menyebabkan silap faham terhadap Islam.

 

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Mas (DPPKPM), Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata, pengharaman tersebut satu tindakan yang amat perlu dalam memastikan masyarakat khususnya non muslim dapat membuat penilaian terhadap Islam melalui kacamata yang sebenar.

 

“Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang mendakwa bahawa pengharaman Islam Hadhari ialah satu tindakan yang berunsurkan politik juga merupakan satu kenyataan yang tersasar. Ini kerana Islam Hadhari itu sendiri diperkenalkan di atas tujuan politik,” katanya lagi.

 

“Kita ingin bertanya kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, semenjak Islam Hadhari diperkenalkan, apakah usaha-usaha serius ke arah memartabatkan Islam yang telah dilaksanakan semata-mata pengenalan dasar tersebut? Apa yang kita lihat, tindakan dari hari ke sehari menampakkan permusuhan kerajaan terhadap Islam. Contoh yang paling terkini ialah pembatalan memorandum persefahaman semua kolej-kolej di Malaysia dengan Universiti al-Azhar Mesir dengan tujuan untuk meminimakan pelajar-pelajar agama”.

 

Semalam, media-media massa melaporkan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor, Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali berkata, kerajaan campuran Selangor mengharamkan sebarang program yang dikaitkan dengan konsep Islam Hadhari di negeri tersebut.

 

Menurut Hassan, konsep Islam Hadhari tidak diperlukan di Selangor memandangkan ajaran Islam yang diamalkan di seluruh negara sudah pun lengkap dan meliputi pelbagai bidang kehidupan manusia.

 

“(Larangan) ini adalah pandangan kita sendiri. Negeri lain (dalam Pakatan), terpulanglah kepada mereka.

 

“Negeri Selangor bukanlah hendak menjuarai tindakan ini. Biarlah mereka (negeri lain) sendiri yang tentukan,” kata, yang juga pesuruhjaya PAS Selangor.

 

Mengulas lanjut pengharaman itu, katanya: “Kita mengambil keputusan tidak mempromosikan Islam hadhari di sekolah, dalam khutbah Jumaat dan program-program keagamaan.”

 

Menurut Harakahdaily.net hari ini, Hassan mengingatkan imam-imam yang membaca khutbah berunsurkan Islam Hadhari akan ditarik balik tauliahnya.

 

Beliau juga dilaporkan berusaha mengembalikan jawatan penguatkuasa pencegahan maksiat yang dinamakan Badan Amar Makruf Nahi Munkar (Badar) yang dimansuhkan ketika BN mentadbir negeri tersebut.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: