Muktamar PAS Kawasan Pasir Mas

18 Mei 2008 – PAS Kawasan Pasir Mas telah berjaya mengadakan muktamar tahunannya pada hari ini bertempat di Maahad Arabiah Pasir Mas. Muktamar pada kali ini telah dirasmikan oleh YB Ustaz Nasaruddin bin Haji Daud, Timbalan Spekaer Dewan Undangan Negeri Kelantan yang juga merupakan ADUN Meranti.

Motivasi Keibubapaan PASTI Gelang Mas

17 Mei 2008 – PASTI Gelang Mas di dalam Dewan Undangan Negeri Tendong telah mengadakan motivasi keibubapaan untuk ibubapa pelajar-pelajar PASTI tersebut. Ceramah motivasi telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Fadhli bin Shaari, Ahli Lembaga Pengarah PASTI Negeri Kelantan yang juga Ketua Penerangan DPPKPM. Turut hadir bersama-sama ialah Saudara Rozi bin Muhammad, Ketua DPPKPM. Menurut pengerusi PASTI berkenaan, Ustaz Suhaimi bin Pak Adek, program tersebut diadakan untuk memberikan maklumat dan menggalakkan ibubapa untuk terus memberikan komitmen kepada PASTI. Selain ceramah motivasi, turut diadakan ialah majlis penyampaian cenderahati untuk pelajar-pelajar PASTI.