Salam Ramadhan…

Sayyid Abul Ala Maududi
Sayyid Abul A’la Maududi (25 September 1903 – 22 September 1979) merupakan salah seorang ulama abad ke-20 dan pengasas Jamaat-e-Islami (Parti Islam). Maulana Maududi merupakan seorang ahli falsafah, sasterawan, dan aktivis yang aktif dalam pergerakan dan perjuangan Islam di seluruh dunia. Maulana Maududi mendapat ilham daripada perjuangan Sayyid Qutb di Mesir iaitu Jamiat al-Ikhwan al-Muslimun. Sebagaimana Qutb, Maududi merupakan tokoh pembangunan dan perjuangan Islam seluruh dunia.
Maulana Maududi, lahir pada 3 Rejab, 1321 AH (25 September 1903 AD) di Aurangabad bandar Hyderabad (sekarang Maharashtra) negeri, India.
Beliau merupakan seorang sayyid, yang berketurunan Muhamad. Beliau seorang pemimpin spiritual bertaraf wali / Sufi. Bapa Maulana Maududi ialah Ahmad Hasan yang lahir pada 1855 AD, seorang peguam. Maulana Maududi anak bungsu dari 3 beradik lelaki.
Maulana Maududi mendapat pendidikan di Madrasah Furqaniyah, sebuah sekolah tinggi terkenal di Hyderabad yang dipanggil “Madrassah”, bukan sekolah Islam tradisional . Kemudian melanjutkan pelajaran di Darul Uloom di Hyderabad sekejap sahaja kerana bapanya sakit. Mahir berbahasa Arab, bahasa Farsi, bahasa Inggeris, dan bahasa ibunda Urdu.
Tahun 1918, ketika usia 15, mula bekerja sebagai wartawan dalam surat khabar berbahasa Urdu untuk menyara kehidupannya. Tahun 1920, menyandang jawatan editor surat khabar Taj, yang diterbitkan di bandar Jabalpore sekarang negeri Madhya Pradesh, India.
Tahun 1921, Maulana Maududi pindah ke Delhi bekerja sebagai editor surat khabar Muslim (1921-1923), dan kemudian editor al-Jam’iyat (1925-1928), yang diterbitkan oleh Jam’iyat-i ‘Ulama-i Hind, sebuah pertubuhan politik Deoband. Hasil kepimpinannya sebagai editor, al-Jam’iyatmenjadi surat khabar utama untuk orang Islam di Asia Selatan (India, Pakistan, Bangladesh, Sri Langka dan Maldive). Maulana Maududi terlibat membentuk Pergerakan Khilafah dan Tahrik-e Hijrat, iaitu Pertubuhan Asia Selatan yang menentang penjajahan kolonial British.
Read more »